Friday, October 15, 2010 | By: يورحامي يوسف

Pro-M Bantah Konsert 'Artis Gay' Berlangsung.

14 Oktober 2010, 8 malam. "Bantah artis gay" Itulah salah satu slogan yang dilaungkan oleh hampir lebih 200 aktivis mahasiswa Islam yang datang ke Stadium Bukit Jalil malam tadi bagi menyatakan bantahan dan mendesak penganjur agar membatalkan konsert artis ‘gay’ Amerika Syarikat Adam Lambert.

Adam Lambert merupakan artis yang memenangi awards dalam rancangan Amerika Idol. Walaubagaimana pun, dalam rancangan televisyen barat, Good Morning America pernah membatalkan rancangan Adam Lambert. Ini kerana membantah persembahan beliau yang dianggap sangat keterlaluan. Beliau adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseksual tetapi beliau turut mempamerkan aksi gay nya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya. Malah, desas-desus mengatakan bahawa beliau adalah gay telah diperakui dan disahkan sendiri oleh beliau semasa wawancara bersama rancangan On 20/20 yang mana beliau tanpa berselindung lagi mengatakan bahawa beliau adalah gay.  

Sementara itu,ia turut dihadiri oleh Juru cakap Pro-Mahasiswa,Izuddin Hilmi serta Kumpulan mahasiswa ini dipimpin oleh Naib Presiden 1 Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Abdul Razak Osman.

“Kita rasa kesal, terdapat kelompok dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya tiada yang bersuara serta hanya berdiamkan diri, turut ada pihak yang lembap untuk menghalang konsert yang berlangsungnya pada malam ini”. Ulas Izuddin Hilmi.

Turut mengecewakan kami, kerana konsert ini didatangi ramai generasi muda yang berteriak seperti tidak sedarkan diri semasa konsert tersebut berlangsung. Ini disebabkan oleh, pelbagai aksi lucah yang telah dipersembahkan serta penari-penarinya juga yang agak keterlaluan dari segi pemakaiannya dan gayanya yang agak seksi.

 “Tindakan selanjutnya akan tetap diambil oleh mahasiswa Islam dan bantahan itu tidak akan berhenti begitu sahaja” Ujar salah seorang dari pimpinan GAMIS.
_____________________________________
KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI
WE UNITE FOR UM
http://promahasiswaum.blogspot.com 

0 comments:

Post a Comment