Friday, October 8, 2010 | By: يورحامي يوسف

HUKUM MASUK PANGGUNG

Soalan:
Apakah hukum seseorang masuk ke dalam panggung wayang? Kawan saya mengatakan bahawa amalannya tidak diterima selama 44 hari.

Jawapan:

Islam melarang umatnya masuk ke dalam panggung wayang, pub, disco dan tempat maksiat lain kerana boleh menjerumuskan seseorang itu ke arah kemungkaran walaupun tidak melakukan perkara mungkar.

Firman ALLAh S.W.T:
“Jangan kamu mendekati zina kerana ia adalah perbuatan yang keji dan jalan paling buruk.” – Surah al-Israa: 32

Perhatikan gaya bahasa yang digunakan oleh ALLAH, iaitu jangan mendekati bukannya jangan berzina. Oleh itu, segala perkara yang boleh menjerumuskan seseorang ke arah itu hendaklah dijauhi. Apatah lagi melakukannya.

Mengenai amalan tidak diterima selama 44 hari, tidak ada dalil yang sahih atau daif diriwayatkan. Bertakwalah kepada ALLAH agar tidak memalsukan hadis, iaitu menyandarkan sesuatu perkataan atau perbuatan kepada Nabi s.a.w sedangkan baginda tiak pernah berbuat begitu.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang mendustakan ke atasku secara sengaja, ALLAH akan sediakan tempat duduk baginya di dalam Neraka.” –Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah

Wallahu a’lam.

0 comments:

Post a Comment