M
[Bergambar] Projek Membesarkan Kota Ibadah Makkah Al-Mukkaramah Siap Menjelang 2012
ekah: Datuk Bandar Makkah, Dr Osama Al-Bar, berkata beberapa projek mega yang dilaksana di kota suci ini dijamin siap menjelang 2012.
Saudi Gazette melaporkan Osama yang juga Pengerusi serta Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Makkah sebagai berkata jaminan itu bersandarkan kepada arahan Raja Abdullah.
Antara projek berkenaan ialah Lebuh Raya Raja Abdul Aziz yang menghubungkan Makkah dan Jeddah.
Beliau berkata, pembinaan lebuh raya itu sudah bermula dan ia akan menjadi contoh untuk pembinaan jalan raya di wilayah itu pada masa depan.
Satu lagi projek yang hampir siap ialah lapan rumah penyembelihan yang dilengkapi peralatan moden dan akan diurus oleh Bank Pembangunan Islam.
Juga dalam pembinaan ialah empat terowong pejalan kaki yang menghubungkan daerah Al-Hujun dan Al-Jarwal dengan Masjidil Haram.
Osama juga dilapor berkata projek membina 5,000 unit rumah juga telah bermula dan apabila siap kelak akan diberi kepada penduduk terutama mereka yang rumahnya dirobohkan.
Selain itu, sembilan stesen monorel yang menghubungkan Padang Arafah, Mina dan Mudzalifah juga hampir siap.
Projek lain yang diarahkan siap menjelang 2012 oleh Raja Abdullah ialah pembinaan ruang tambahan di timur Masjidil Haram, projek Jabal Omar dan sistem keretapi laju antara Makkah dan Madinah. - BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
SOALAN: Kawan saya sudah mempunyai teman lelaki. Menurutnya, dia pernah tidur sekatil dengan teman lelakinya tetapi tidak melakukan seks ...
-
K ota Baharu – Gara-gara pengawal keselamatan didakwa tertidur, 12 buah bas Ekspres Budaya milik Syarikat Transline Express Sdn. Bhd. berni...
-
B erikut ini adalah daftar 10 jalan paling berbahaya yang pernah ada di muka bumi ini, dari yang berada di pegunungan sampai dengan keadaan ...
-
A ngka Tuhan, Sebenarnya itu hanya istilah yang dicipta untuk menyebut suatu “angka misteri” yang banyak ditemukan pada kejadian-kejadian di...
-
1 2 Bas Ekspres Budaya Terbakar, Kerugian Dianggar RM6 Juta KOTA BAHARU, 24 Okt - Dua belas bas Ekspres Budaya musnah dalam kebakaran di...
-
T engku Muhammad Fa-iz Petra pewaris Kesultanan Kelantan KOTA BHARU: Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, adinda kepada Su...
-
Soalan: Apakah hukum seseorang masuk ke dalam panggung wayang? Kawan saya mengatakan bahawa amalannya tidak diterima selama 44 hari. Jawapa...
-
Pada hari ini, dapat kita perhatikan ramai muslimah mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung. Kita dapat lihat bagaimana seorang muslima...
-
Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan… Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saa...
-
Mata Dajjal di Mid Valley November 22nd, 2010 - Ibnuyaacob Seorang pengunjung blog ini menghantar emel kepada kami mengatakan bahawa pelan ...
Labels
- Berita Semasa (13)
- Dari Kampus Universiti (3)
- Hukum Agama (5)
- Pengetahuan Bersama (12)
- Soal Jawab Agama (2)
- Sukan (4)
- Sultan (6)
0 comments:
Post a Comment